TARIKH AKHIR

PENCEMARAN DARAT


Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.
Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

CINTAILAH SUNGAI KITA